Showing posts with label Infos. Show all posts
Showing posts with label Infos. Show all posts

Visi dan Misi Sekolah

Visi Sekolah
Ke arah kecemerlangan dalam bidang akademik dan ko-kurikulum serta pembentukan sahsiah insan yang sempurna.

Misi Sekolah
- Berpegang teguh kepada nilai-nilai keagamaan dan kerohanian dalam pembentukan sahsiah warga Columban.

- Mencapai kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum melalui guru-guru yang komited, profesional dan proaktif.

- Melahirkan pelajar yang berwibawa, berketrampilan dan berdaya menyumbang ke arah pembangunan sekolah, masyarakat dan negara.

- Menjalin hubungan yang erat dan memupuk semangat permuafakatan dengan komuniti setempat melalui kegiatan kemasyarakatan.

- Menyediakan kemudahan fizikal yang lengkap dan persekitaran yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan selaras dengan perkembangan pendidikan muktahir.

Ikrar Sekolah


MAKA KAMI,
rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas
prinsip-prinsip yang berikut:-

- Kepercayaan kepada Tuhan
- Kesetiaan kepada Raja dan Negara
- Keluhuran Perlembagaan
- Kedaulatan Undang-undang
- Kesopanan dan Kesusilaan

Lagu Sekolah

“BETWEEN THE HILLSIDE AND THE SEA,
WE WORK AND PLAY HERE IN HARMONY
MAY STEADFAST SERVICE AND LOYALTY
BRING WIDER VISIONS OF UNITY

MAY WE LOVE BEAUTY, THE HILL AND SEA
FIND SOLACE IN MUSIC AND SWEET POETRY
MAY WE LOVE LEARNING AND CHERISH PEACE
QUIET AND STILLNESS WHEN LABOUR CEASE

RISE ABOVE ANGER OVERCOME PRIDE
FILLED WITH THE SPIRIT, MAY GOD BE OUR GUIDE
CHANNELS OF BLESSING AND PEACE ABOVE
FEARLESS OF EVIL, STRENGTHENED WITH LOVE”

Lagu Sekolah Menengah Kebangsaan St. Columba digubah oleh Mrs. Nigel Heyward pada tahun 1996 dan beliau merupakan isteri kepada pengetua sekolah pada masa itu.

“Between the hillside and the sea” menggambarkan kedudukan SMK St. Columba yang terletak di antara bukit-bukau dan lautan. “We work and play here in harmony” bermaksud pelajar sekolah berinteraksi dan berkomunikasi secara harmoni antara satu sama lain. “May love and service and loyalty, Bring wider visions of unity” pula menggambarkan perasaan cinta, kasih sayang, ketabahan, dan kesetiaan pelajar terhadap sekolah serta keazaman dan kejayaan dapat ditingkatkan.

“Find solace in music and sweet poetry” bermaksud mencari ketenteraman melalui lagu dan kesusasteraan. “May we love learning and cherish peace” menggambarkan pelajar menimba ilmu pengetahuan dan mencari kedamaian. “Quiet and stillness when labour cease” pula membawa maksud pelajar hanya akan berehat setelah mencapai kejayaan yang diazamkan.

Bendera Sekolah



Latar belakang bendera SMK St. Columba berwarna biru. Bendera ini berukuran 1.75 meter panjang dan 0.68 meter lebar. Logo seekor burung merpati telah digunakan sejak tahun 1950 yang dikelilingi oleh bentuk bulat yang berwarna merah. Warna biru bermaksud keharmonian manakala warna merah bermaksud keberanian. Burung merpati pula menggambarkan kesucian, kesejahteraan, dan ketabahan.

Moto Sekolah



Moto sekolah, iaitu, “Peace and Service”, bermaksud ketenteraman dan bersedia untuk berbakti. Moto ini menggambarkan kesejahteraan dan kesanggupan untuk berbakti, tanpa mengira agama, bangsa, dan budaya.

Lencana Sekolah





Walaupun lencana sekolah telah diperkenalkan sebelum Perang Dunia Kedua, namun, lencana sekolah hanyalah digunakan secara meluas pada awal tahun 1950-an terutamanya semasa Yeo Ah Choo bertugas sebagai pengetua di SMK St. Columba, Miri.

Penggunaan lencana sekolah tidak diwajibkan kepada pelajar pada masa itu. Namun begitu, Father Brian Taylor (1962-1965) telah menggalakkan penggunaan lencana sekolah dan merupakan identiti sekolah yang terpenting pada masa kini.

Lencana SMK St. Columba berbentuk seperti “mitre” dan terdapat gambar burung merpati dan perkataan “SCS” padanya. Penggunaan perkataan Latin, iaitu “SICUT COLUMBAN” juga boleh ditemui pada bahagian bawah lencana tersebut.

Simbol burung merpati menggambarkan kekuatan, kesucian, dan kesejahteraan. Perkataan Latin, iaitu “SICUT”, bermaksud sifat lemah-lembut bagaikan burung merpati. Perkataan “SCS” pula merupakan awalan bagi “Saint Columba’s School”.

Latar Belakang Sekolah




Sekolah Menengah Kebangsaan St. Columba dinamakan bersempena dengan nama seorang lelaki, iaitu Saint Columba. Beliau dilahirkan di Donegal, Ireland pada Disember 521. Semenjak beliau masih kecil, Saint Columba sering melakukan aktiviti di gereja. Beliau juga telah membina gereja serta merupakan seorang yang berpelajaran dan mengamalkan sikap berhati-hati. Saint Columba meninggal dunia di Iona, Scotland pada tahun 597.

Nama Saint Columba dipilih sebagai nama sekolah ini pada 16 Januari 1929 bertujuan untuk menghargai jasa dan budi baik beliau. Tempat asal sekolah ini terletak di Jalan Dato Abang Indeh, Miri, Sarawak.

Sebelum SMK St. Columba dirasmikan, Sarawak Oilfields Limited telah menderma tanah di sekitar gereja serta sebuah bangunan kerajaan lama kepada Gereja St. Columba. Father Paul Chong En Siong dengan bantuan Father F.W. Synott, telah memulakan sebuah sekolah di bangunan lama tersebut. Sekolah Menengah St. Columba diisytiharkan pada 16.Januari.1929 dengan 13 orang murid dan merupakan sekolah misi pertama di Miri.

Sekolah telah meneruskan pelajarannya selama 12 tahun. Pada tahun 1941, Perang Dunia Kedua telah meletus, tentera Jepun telah mendarat di Miri pada 10 Disember 1941. Semua sekolah ditutup dan Sekolah St. Columba digunakan sebagai pangkalan mereka. Selama 3 tahun, Jepun telah membunuh beberapa paderi dan wakil gereja iaitu, Father Lim Siong Tek, Chong En Fui, dan Joel Paul. Akhirnya, pada tahun 1945, tentera Jepun membara bangunan sekolah kecuali tandas.

Walaupun sekolah telah digunakan semasa penjajahan Jepun namun beberapa orang guru dan kawan telah memulakan sekolah lagi dan sejak itu jumlah murid telah meningkat secara mendadak. Kerajaan British telah menolong sekolah dari segi kewangan sehingga menjadi sebuah sekolah kerajaan. Kini SMK St. Columba mempunyai lebih daripada 1800 orang murid dan 80 orang guru.

 

Discussion Forum

Discussion Forum Have something you're passionate about? Current issues, interests, hobbies, or just curious? Meet other like-minded Columbans and share your thoughts in SMK St. Columba Forum now!

LifeStyle

Wilson Phua I have a blog to tell the world my story and to discover new things. I don't need to tell you how great it is to blog, join us and experience it firsthand. ..................................................................... Daryl Raja 44 Purple Uncles ..................................................................... Kenaidy Adan