Latar Belakang Sekolah
wilson, Saturday, August 16, 2008Sekolah Menengah Kebangsaan St. Columba dinamakan bersempena dengan nama seorang lelaki, iaitu Saint Columba. Beliau dilahirkan di Donegal, Ireland pada Disember 521. Semenjak beliau masih kecil, Saint Columba sering melakukan aktiviti di gereja. Beliau juga telah membina gereja serta merupakan seorang yang berpelajaran dan mengamalkan sikap berhati-hati. Saint Columba meninggal dunia di Iona, Scotland pada tahun 597.
Nama Saint Columba dipilih sebagai nama sekolah ini pada 16 Januari 1929 bertujuan untuk menghargai jasa dan budi baik beliau. Tempat asal sekolah ini terletak di Jalan Dato Abang Indeh, Miri, Sarawak.
Sebelum SMK St. Columba dirasmikan, Sarawak Oilfields Limited telah menderma tanah di sekitar gereja serta sebuah bangunan kerajaan lama kepada Gereja St. Columba. Father Paul Chong En Siong dengan bantuan Father F.W. Synott, telah memulakan sebuah sekolah di bangunan lama tersebut. Sekolah Menengah St. Columba diisytiharkan pada 16.Januari.1929 dengan 13 orang murid dan merupakan sekolah misi pertama di Miri.
Sekolah telah meneruskan pelajarannya selama 12 tahun. Pada tahun 1941, Perang Dunia Kedua telah meletus, tentera Jepun telah mendarat di Miri pada 10 Disember 1941. Semua sekolah ditutup dan Sekolah St. Columba digunakan sebagai pangkalan mereka. Selama 3 tahun, Jepun telah membunuh beberapa paderi dan wakil gereja iaitu, Father Lim Siong Tek, Chong En Fui, dan Joel Paul. Akhirnya, pada tahun 1945, tentera Jepun membara bangunan sekolah kecuali tandas.
Walaupun sekolah telah digunakan semasa penjajahan Jepun namun beberapa orang guru dan kawan telah memulakan sekolah lagi dan sejak itu jumlah murid telah meningkat secara mendadak. Kerajaan British telah menolong sekolah dari segi kewangan sehingga menjadi sebuah sekolah kerajaan. Kini SMK St. Columba mempunyai lebih daripada 1800 orang murid dan 80 orang guru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment