Lencana Sekolah





Walaupun lencana sekolah telah diperkenalkan sebelum Perang Dunia Kedua, namun, lencana sekolah hanyalah digunakan secara meluas pada awal tahun 1950-an terutamanya semasa Yeo Ah Choo bertugas sebagai pengetua di SMK St. Columba, Miri.

Penggunaan lencana sekolah tidak diwajibkan kepada pelajar pada masa itu. Namun begitu, Father Brian Taylor (1962-1965) telah menggalakkan penggunaan lencana sekolah dan merupakan identiti sekolah yang terpenting pada masa kini.

Lencana SMK St. Columba berbentuk seperti “mitre” dan terdapat gambar burung merpati dan perkataan “SCS” padanya. Penggunaan perkataan Latin, iaitu “SICUT COLUMBAN” juga boleh ditemui pada bahagian bawah lencana tersebut.

Simbol burung merpati menggambarkan kekuatan, kesucian, dan kesejahteraan. Perkataan Latin, iaitu “SICUT”, bermaksud sifat lemah-lembut bagaikan burung merpati. Perkataan “SCS” pula merupakan awalan bagi “Saint Columba’s School”.

Comments :

0 comments to “Lencana Sekolah”
 

Discussion Forum

Discussion Forum Have something you're passionate about? Current issues, interests, hobbies, or just curious? Meet other like-minded Columbans and share your thoughts in SMK St. Columba Forum now!

LifeStyle

Wilson Phua I have a blog to tell the world my story and to discover new things. I don't need to tell you how great it is to blog, join us and experience it firsthand. ..................................................................... Daryl Raja 44 Purple Uncles ..................................................................... Kenaidy Adan